VI Blog

Bijak Labur | Fokus Sektor Semikonduktor Tahun 2022

31 Dec 2021

Semikonduktor masih antara sektor yang pelabur boleh fokus untuk tahun 2022 ini. Berikut antara sebab-sebab mengapa saham berkaitan semikonduktor adalah antara sektor yang mendapat tempat sebagai pemilikan bernilai.

Bijak Labur : Sektor Semikonduktor


Latar Belakang : Asas Kepada Teknologi Moden

Cip semikonduktor = litar elektrik dengan pelbagai komponen seperti transistor dan pendawaian yang dibina di atas wafer. Ia ialah blok asas untuk membina litar lebih kompleks.

Semikonduktor digunakan dalam semua peranti elektronik seperti telefon pintar, laptop, gaming console dll. 

Kronologi Krisis Kekurangan Cip Semikonduktor

2019 – Trade tension antara US-China. Huawei disenarai hitam untuk dagangan oleh US.

2020 – Pandemik bermula.

Work From Home(WFH) merancakkan permintaan untuk peranti elektronik.

Jualan game console dan crypto mining rigs naik mendadak – lockdown seluruh dunia menyebabkan ramai mencari aktiviti isi masa terluang.

Demand untuk kereta rebound lebih cepat dari jangkaan - pembuat kereta gergasi seperti Ford dan Toyota yang pada awal menghentikan production lines kini berdepan masalah mendapatkan bekalan cip semikonduktor.

2021 - Kekurangan cip semikonduktor pantas beri kesan kepada pembuat elektronik lain – Apple contohnya melaporkan jualan Mac dan iPad mereka terkesan sebanyak USD 3 – 4 bilion disebabkan tiada bekalan cip.

Demand untuk peranti elektronik terus meningkat walau selepas vaksinasi di kebanyakan negara dan banyak sektor dibuka. Pandemik mengubah cara kerja dan komunikasi secara kekal

Negara major player dalam industri semikonduktor seperti US, Taiwan, dan Korea Selatan membina kilang baru untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran. Pakar jangka krisis kekurangan cip akan berlarutan sehingga 2023.

Kenapa Krisis Berlanjutan?
Majoriti pengilangan semikonduktor dunia dibuat oleh dua syarikat: TSMC di Taiwan dan Samsung di Korea Selatan. Dua syarikat foundry ini hasilkan lebih 70% semikonduktor dunia.
Cabaran bina kilang semikonduktor:
Cabaran ini menyebabkan hanya syarikat besar mampu tampung kos dan risiko untuk melabur dalam pengilangan semikonduktor

  • High-entry barrier – pelaburan tinggi (10 ke 12 juta USD) untuk bina kilang
  • Perlu kepakaran tinggi
  • Minimum 3 tahun untuk kilang sedia produksi
  • Hampir mustahil cip baru menyamai cip dihasilkan major player
  • Teknologi cip perlu sentiasa ‘ke-depan’
  • Tekanan harga, risiko kepada keuntungan

Cabaran ini menyebabkan hanya syarikat besar mampu tampung kos dan risiko untuk melabur dalam pengilangan semikonduktor

Syarikat Berkaitan Semikonduktor

    Tiga model perniagaan utama dalam industri semikonduktor: Fables, Foundries dan Integrated Device Manufacturers (IDM)

    Fables: Syarikat yang mereka bentuk, memasarkan dan menjual hardware tetapi outsource pembuatan hardware tersebut kepada syarikat foundry lain.

    Foundries: Syarikat fabrikasi cip yang tidak mempunyai keupayaan reka bentuk. Syarikat hanya fokus kepada pembuatan IC (Integrated Circuit)

    IDM: syarikat yang terlibat dalam keseluruhan supply-chain – dari reka bentuk, pengilangan dan jualan produk IC

      Kesimpulan

      Demand terhadap sektor semikonduktor nampaknya tiada tanda-tanda nak surut. Dengan teknologi 5G, hype dalam kripto dan NFT, apa yang mungkin adalah permintaan akan terus meningkat. Pelabur boleh ambil kesempatan dengan mengkaji syarikat berkaitan semikonduktor dan membuat perbandingan harga saham dengan nilai intrisiknya.

      Bercerita mengenai nilai intrinsik sesuatu saham, jika nak tahu bagaimana kaedah tersebut dipraktikkan, ANDA boleh belajar secara PERCUMA di sesi ONLINE berikut https://bit.ly/3ERQ2IA

      DISCLAIMER

      This article and its contents are provided for information purposes only and do not constitute a recommendation to purchase or sell securities of any of the companies or investments herein described. It is not intended to amount to financial advice on which you should rely.

      No representations, warranties, or guarantees, whether expressed or implied, made to the contents in the article is accurate, complete, or up-to-date. Past performance is not indicative nor a guarantee of future returns.

      We, 8VI Global Pte Ltd, disclaim any responsibility for any liability, loss, or risk or otherwise, which is incurred as a consequence, directly or indirectly, from the use and application of any of the contents of the article.